Thursday, 24 November 2011
Sabar bila diuji...
Hampir seminggu cuti sekolah akan bermula... aku diuji lagi.... tak tau hendak kukategorikan mana berita yang kuterima ini... berita gembirakah? atau berita burukkah? Apa pun aku terimanya sebagai cabaran dengan senyuman... langkah kaki ini semakin longlai bila mana semua keputusan penting seakan diletak di bahuku sahaja... aku tergamam!! Wajarkah mereka berbuat demikian... tak pe lah.. aku perlu bersikap rasional dan anggap ini semua adalah ibadat.. sebagaimana aku diberikan ilmu ini, sebegitulah aku perlu mengamalkannya.. bukan untuk diri sendiri tapi mungkin aku perlu berkorban untuk mereka semua... Langkah kaki kuberanikan untuk menerima tugas baruku... biar apa pun anggapan orang sekeliling tapi aku yakin dengan kudrat dan ilmu yang Allah pinjamkan ini aku mahu berbakti dan menjalankan tugas yang diamanahkan ini dengan bersungguh-sungguh... Namun... hampir seminggu cuti sekolah berlalu, aku masih belum mampu menggalas tugasku dengan sempurna.. menyelesaikan misi dan visiku dengan lancar.. lantaran aku diuji dengan tahap kesihatan aku dan paling kasihan adalah anak-anakku... Sabar.... aku percaya setiap yg Allah tentukan ini pasti ada hikmahnya...
Friday, 4 November 2011
Berkorban apa saja....
Tahun ni cuti raya haji lama skit tp mcm thn2 sudah... kali ni pon x dpt balik kg... xpe laa... berkorban di hari raya korban ni.... SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kpd semua muslimin & muslimat....
Tuesday, 1 November 2011
Happy Birthday Kak Long!
2 Nov 2003, tepat 12.55 t/hari... setelah hampir 7 jam menahan kesakitan, bertarung nyawa akhirnya kesakitan & keperitan itu lenyap dengan terdengarnya tangisan seorang baby girl yg sangat comel.. Pada ketika itu aku & suamilah org yg paling gembira. Air mata kesyukuran turun tanpa kuduga... Pada saat itulah title "mama" telah dinobatkan kepadaku secara rasmi... Kini 8 thn dah berlalu, baby comel yg kuberi nama "NUR UMAIRAH SYAHMINA" itu sudah genap 8 thn hari ni.... sekejap je masa berlalu... Mama doakan anak mama akan jadi anak yg solehah... anak yg berjaya & berguna, yg dpt berbakti kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa & negara pada suatu hari nanti... Tiada hadiah yg istimewa dpt mama berikan pada hari indah kak long hari ini.. tapi kasih syg mama pada kak long & adik2 tidak berbelah bahagia... Mama bahagia dikurniakan anak seperti kak long... Mama syg kak long.. HAPPY BIRTHDAY KAK LONG!!!
Friday, 28 October 2011
RINDUNYA..... NAK BALIK KG!!!
Rindunya kat mak dan abah... kalau ada rezeki, kalau ikutkan hati.. nk jer balik kg next week.. huhu... miss u all... Semoga mak dan abah sihat dan happy slalu.. maafkan anakmu kerana belum berbakti sepenuhnya.. Doakan agar kita dimurahkan rezeki.. semoga hajat kalian untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti dapat aku realisasikan.. Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.... aminnnn.....
AKTIVITI HUJUNG MINGGU
Sat jer dh weekend... tggl 1 hari jer cuti... hari minggu ni aktiviti mcm biasa jer... cuma kak long kena study lebih skit coz exam x habis lagi... sbb nk support kak long, abg ngah x leh nk main Angrybird mcm selalu.. Hari ni kak long pulun buat exercise, abg ngah buat test Maths & BM kt Zoom A Interaktif.. Thanks to my friend, Cikgu G. Kak lang pun nyibuk nk buat Zoom A tu... boleh laa... bila dpt result = 80% sukanya dia mcm dh mng award jer lagaknya... hahha... seronok tgk anak2... ayahnya? Emmmm.... mcm biasa laaa.... Zzzzzzzzzzzzzzzz..... hehehe... Untuk kak long, do the best... as I promised, kalau kali ni leh dpt straight A, bkn stakat kak long, abg ngah ngan kak lang nnt mama bg hadiah brand Angry bird.. Insyaallah kalau ada rezeki yer... (InsyaAllah kan PM nk bg bonus kt mama) hahhaha....
M.L.M???
Haahaaa... jgn salah sangka lak.. ni bukan nk story pasal Multilevel Marketing yer... ni nk share skit pasal program kt Astro Warna sat tadi... Maharaja Lawak Mega daa... korang tengok x? Best ke korang rasa? 4 me, biasa2 jer bak kata Chef Wan... cuma ada beberapa persembahan dpt menggeletek la pankreas aku.. hehe I like Boboi... Gegurl suke.. hehehe tp paling sempoi
Thursday, 27 October 2011
PERCAYA ATAU TIDAK?
Macam tak percaya aku kini adalah seorang GURU… dah hampir 9 tahun aku memegang title “CIKGU” nih… semuanya macam mimpi bermula drpd sekeping borang yang kuisi lewat tahun 2001.. KPLI yang aku pohon dgn hanya sekali merealisasikan impian org tuaku.. aku sendiri tak tau apa program KPLI ketika itu kuredah saja… namun mungkin mmg rezekiku, walaupun exam tak habis kujawab, interview aku hentam saja… tup2 aku diterima masuk ke MPTI.. dgn berlesenkan degree IT yg kuada, aku meneruskan pengajian dlm opsyen yang sama… matlamatku ketika itu hanya satu, aku ingin keluar daripada “office” yg ibarat hidup segan mati tak mau ketika itu… Alhamdulillah 21 Jan 2003, aku melangkahkan kakiku sebagai seorang GURU di SEGAR… pelbagai dugaan dan cubaan yang kuhadapi demi menggalas tugasku sebagai seorang GURU.. di sinilah juga byk kupelajari erti hidup… Kini aku mengerti betapa besarnya jasa seorang GURU… Ingatanku kembali menggamit memoriku seawal tahun 1984.. yea.. sekolah tadika yg lebih familiar ngan panggilan sekolah makan… mana taknya, masa makan la yg ditunggu2 setiap hari.. Bermula drpd mengenal huruf ABC berkat tunjuk ajar Cikgu Yati& Cikgu Lin.. aku dah boleh mengeja & membaca…
Seterusnya berbekalkan basikal aku mengayuh saban hari ke SK Pt Latiff di mana aku mula kenal ramai kawan.. Di situlah aku mula kenal dunia… belajar, bermain bersama2 pagi & petangnya di sekolah agama… sampailah dipenghujung Darjah 6, aku semakin menghargai pengorbanan org tuaku yang bersusah payah menyekolahkanku walaupun hanya dengan berkebun yg sekangkang kera itu… aku semakin menghargai jasa & tunjuk ajar guru2ku.. Cikgu Hashim, Cikgu Md Khairi, Cikgu Amlasi, Cikgu Raffei, Cikgu Teo, Cikgu Azali…
1991, aku terpaksa mengharungi perjalanan yang semakin jauh ke SMK Pekan Baru Muar yang terletak di pekan….di situ semakin banyak cubaan dan dugaan yang terpaksa kulalui.. aku yang pada mulanya tiada matmalat yang jitu hanya mengikut perubahan masa & waktu… belajar itu dan ini ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri…
Namun slps result PMR (first batch) aku mula sedar pentingnya ilmu dengan berkat tunjuk ajar guru2 ku… Cikgu Zainal, Cikgu Naimen, Cikgu Zaiton, Cikgu Marina, Cikgu Rosmawati, Cikgu Mohamad, Cikgu Sharifah, Cikgu Zarina, Cikgu Buhanah,Cikgu Lailawati, Cikgu Saiful, Cikgu Anita, Ustazah2 dan ramai lagi…
Dan akhirnya segulung Ijazah dpt kugenggam pada tahun 2000 berbekalkan result SPM yg agak cemerlang sehingga melayakkanku ke menara gading… Dan kini bila aku sendiri seorang GURU barulah kufahami bahawa marah & teguran seorang GURU hanyalah untuk menjadikan seseorang itu insan yang berguna….TERIMA KASIH CIKGU!

Subscribe to:
Posts (Atom)