Friday 28 October 2011

RINDUNYA..... NAK BALIK KG!!!

Rindunya kat mak dan abah... kalau ada rezeki, kalau ikutkan hati.. nk jer balik kg next week.. huhu... miss u all... Semoga mak dan abah sihat dan happy slalu.. maafkan anakmu kerana belum berbakti sepenuhnya.. Doakan agar kita dimurahkan rezeki.. semoga hajat kalian untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti dapat aku realisasikan.. Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.... aminnnn.....

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Sat jer dh weekend... tggl 1 hari jer cuti... hari minggu ni aktiviti mcm biasa jer... cuma kak long kena study lebih skit coz exam x habis lagi... sbb nk support kak long, abg ngah x leh nk main Angrybird mcm selalu.. Hari ni kak long pulun buat exercise, abg ngah buat test Maths & BM kt Zoom A Interaktif.. Thanks to my friend, Cikgu G.  Kak lang pun nyibuk nk buat Zoom A tu... boleh laa... bila dpt result = 80% sukanya dia mcm dh mng award jer lagaknya... hahha... seronok tgk anak2... ayahnya? Emmmm.... mcm biasa laaa.... Zzzzzzzzzzzzzzzz..... hehehe... Untuk kak long, do the best... as I promised, kalau kali ni leh dpt straight A, bkn stakat kak long, abg ngah ngan kak lang nnt mama bg hadiah brand Angry bird.. Insyaallah kalau ada rezeki yer... (InsyaAllah kan PM nk bg bonus kt mama) hahhaha....

M.L.M???

Haahaaa... jgn salah sangka lak.. ni bukan nk story pasal Multilevel Marketing yer... ni nk share skit pasal program kt Astro Warna sat tadi... Maharaja Lawak Mega daa... korang tengok x? Best ke korang rasa? 4 me, biasa2 jer bak kata Chef Wan... cuma ada beberapa persembahan dpt menggeletek la pankreas aku.. hehe I like Boboi... Gegurl suke.. hehehe tp paling sempoi

Thursday 27 October 2011

PERCAYA ATAU TIDAK?

Macam tak percaya aku kini adalah seorang GURU… dah hampir 9 tahun aku memegang title “CIKGU” nih… semuanya macam mimpi bermula drpd sekeping borang yang kuisi lewat tahun 2001.. KPLI yang aku pohon dgn hanya sekali merealisasikan impian org tuaku.. aku sendiri tak tau apa program KPLI ketika itu kuredah saja… namun mungkin mmg rezekiku, walaupun exam tak habis kujawab, interview aku hentam saja… tup2 aku diterima masuk ke MPTI.. dgn berlesenkan degree IT yg kuada, aku meneruskan pengajian dlm opsyen yang sama… matlamatku ketika itu hanya satu, aku ingin keluar daripada “office” yg ibarat hidup segan mati tak mau ketika itu… Alhamdulillah 21 Jan 2003, aku melangkahkan kakiku sebagai seorang GURU di SEGAR… pelbagai dugaan dan cubaan yang kuhadapi demi menggalas tugasku sebagai seorang GURU.. di sinilah juga byk kupelajari erti hidup… Kini aku mengerti betapa besarnya jasa seorang GURU… Ingatanku kembali menggamit memoriku seawal tahun 1984.. yea.. sekolah tadika yg lebih familiar ngan panggilan sekolah makan… mana taknya, masa makan la yg ditunggu2 setiap hari.. Bermula drpd mengenal huruf ABC berkat tunjuk ajar Cikgu YatiCikgu Lin.. aku dah boleh mengeja & membaca…
Seterusnya berbekalkan basikal aku mengayuh saban hari ke SK Pt Latiff di mana aku mula kenal ramai kawan.. Di situlah aku mula kenal dunia… belajar, bermain bersama2 pagi & petangnya di sekolah agama… sampailah dipenghujung Darjah 6, aku semakin menghargai pengorbanan org tuaku yang bersusah payah menyekolahkanku walaupun hanya dengan berkebun yg sekangkang kera itu… aku semakin menghargai jasa & tunjuk ajar guru2ku.. Cikgu HashimCikgu Md KhairiCikgu AmlasiCikgu RaffeiCikgu TeoCikgu Azali… 



1991, aku terpaksa mengharungi perjalanan yang semakin jauh ke SMK Pekan Baru Muar yang terletak di pekan….di situ semakin banyak cubaan dan dugaan yang terpaksa kulalui.. aku yang pada mulanya tiada matmalat yang jitu hanya mengikut perubahan masa & waktu… belajar itu dan ini ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri…
Namun slps result PMR (first batch) aku mula sedar pentingnya ilmu dengan berkat tunjuk ajar guru2 ku… Cikgu ZainalCikgu NaimenCikgu ZaitonCikgu MarinaCikgu RosmawatiCikgu MohamadCikgu Sharifah, Cikgu ZarinaCikgu Buhanah,Cikgu LailawatiCikgu SaifulCikgu AnitaUstazah2 dan ramai lagi… 
Dan akhirnya segulung Ijazah dpt kugenggam pada tahun 2000 berbekalkan result SPM yg agak cemerlang sehingga melayakkanku ke menara gading… Dan kini bila aku sendiri seorang GURU barulah kufahami bahawa marah & teguran seorang GURU hanyalah untuk menjadikan seseorang itu insan yang berguna….TERIMA KASIH CIKGU!