Friday 9 December 2011

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR!!

Alhamdulillah syukur aku mampu bangun solat subuh pagi ini walaupun aku hanya dalam lelapkan mata hanya beberapa jam sahaja... Tapi pagi ini hati dan fikiran terasa lapang... mungkin kerana sebelum tidur aku telah berjaya mem"positif"kan fikiranku di saat hatiku dihimpit rasa terkilan setelah membaca artikel ini:



            Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku.
Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa.  Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?
            
Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah ‘rules of life” – sunahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini … maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.

Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?

Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran Itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji… katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba… Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa.

Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula… Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha… Kita sudahpun beruasaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?
Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam pernigaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit….

Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih… akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar… tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama. ?

Bijak dan baik sungguh aturan Allah.   Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit… kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan… Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.

Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya… yang dipanggil sunnahtullah.

Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus… kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini  tawakkal tidak berbekal namanya.
Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat  Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.

Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!

Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong.  Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.
Sebaliknya, kalau kita gagal pula… kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga… tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi… ya kita hamba!

Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, “ ini semua hasil usaha saya…” Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, “semua ini sudah takdir…”Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.
Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan… Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah.  Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?

Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama…kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!



Sumber : http://genta-rasa.com/2011/11/02/hati-tetap-sama/

Thursday 8 December 2011

Aku kena kuat...

SPEECHLESS!!! Bagai luruh jantungku mendengarkan ucapannya yg bersahaja.. perasaan bercampur baur... hampir menitis air mata ini tapi aku masih mampu menahannya... apa yg ku kesalkan hanyalah mengapa dia buat keputusan sendiri.. apa yg terlintas di fikiranku adalah nasib permata-permata hatiku... mengapa sukar untuk ku terima setiap kali keputusannya... kerana apa yg paling kutakuti memang benar-benar terjadi... aku kesal dgn tindakannya yang hanya mengejar impiannya... mungkin dia  lebih pentingkan impiannya daripada segalanya... apakah nasib permata hatiku yang masih belum selesai masalah, timbul masalah... apakah ini dugaanMu Ya Allah!! Kuatkanlah semangatku... kuatkanlah imanku... demi masa depan permata hatiku.. aku perlu kuat dan buktikan.... Namun amat sukar untuk ku luahkan rasa terkilanku ini... kerana apa sahaja luahanku bukan dibalas dengan pujukan... semua itu makin lenyap di telan masa... Apa pun, aku perlu kuat!! Ya Allah permudahkanlah segala urusanku....

Thursday 24 November 2011

Sabar bila diuji...

Hampir seminggu cuti sekolah akan bermula... aku diuji lagi.... tak tau hendak kukategorikan mana berita yang kuterima ini... berita gembirakah? atau berita burukkah? Apa pun aku terimanya sebagai cabaran dengan senyuman... langkah kaki ini semakin longlai bila mana semua keputusan penting seakan diletak di bahuku sahaja... aku tergamam!! Wajarkah mereka berbuat demikian... tak pe lah.. aku perlu bersikap rasional dan anggap ini semua adalah ibadat.. sebagaimana aku diberikan ilmu ini, sebegitulah aku perlu mengamalkannya.. bukan untuk diri sendiri tapi mungkin aku perlu berkorban untuk mereka semua... Langkah kaki kuberanikan untuk menerima tugas baruku... biar apa pun anggapan orang sekeliling tapi aku yakin dengan kudrat dan ilmu yang Allah pinjamkan ini aku mahu berbakti dan menjalankan tugas yang diamanahkan ini dengan bersungguh-sungguh... Namun... hampir seminggu cuti sekolah berlalu, aku masih belum mampu menggalas tugasku dengan sempurna.. menyelesaikan misi dan visiku dengan lancar.. lantaran aku diuji dengan tahap kesihatan aku dan paling kasihan adalah anak-anakku... Sabar.... aku percaya setiap yg Allah tentukan ini pasti ada hikmahnya...

Friday 4 November 2011

Berkorban apa saja....

Tahun ni cuti raya haji lama skit tp mcm thn2 sudah... kali ni pon x dpt balik kg... xpe laa... berkorban di hari raya korban ni.... SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kpd semua muslimin & muslimat....

Tuesday 1 November 2011

Happy Birthday Kak Long!

2 Nov 2003, tepat 12.55 t/hari... setelah hampir 7 jam menahan kesakitan, bertarung nyawa akhirnya kesakitan & keperitan itu lenyap dengan terdengarnya tangisan seorang baby girl yg sangat comel.. Pada ketika itu aku & suamilah org yg paling gembira. Air mata kesyukuran turun tanpa kuduga... Pada saat itulah title "mama" telah dinobatkan kepadaku secara rasmi... Kini 8 thn dah berlalu, baby comel yg kuberi nama "NUR UMAIRAH SYAHMINA" itu sudah genap 8 thn hari ni.... sekejap je masa berlalu... Mama doakan anak mama akan jadi anak yg solehah... anak yg berjaya & berguna, yg dpt berbakti kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa & negara pada suatu hari nanti... Tiada hadiah yg istimewa dpt mama berikan pada hari indah kak long hari ini.. tapi kasih syg mama pada kak long & adik2 tidak berbelah bahagia... Mama bahagia dikurniakan anak seperti kak long... Mama syg kak long.. HAPPY BIRTHDAY KAK LONG!!!

Friday 28 October 2011

RINDUNYA..... NAK BALIK KG!!!

Rindunya kat mak dan abah... kalau ada rezeki, kalau ikutkan hati.. nk jer balik kg next week.. huhu... miss u all... Semoga mak dan abah sihat dan happy slalu.. maafkan anakmu kerana belum berbakti sepenuhnya.. Doakan agar kita dimurahkan rezeki.. semoga hajat kalian untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti dapat aku realisasikan.. Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.... aminnnn.....

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Sat jer dh weekend... tggl 1 hari jer cuti... hari minggu ni aktiviti mcm biasa jer... cuma kak long kena study lebih skit coz exam x habis lagi... sbb nk support kak long, abg ngah x leh nk main Angrybird mcm selalu.. Hari ni kak long pulun buat exercise, abg ngah buat test Maths & BM kt Zoom A Interaktif.. Thanks to my friend, Cikgu G.  Kak lang pun nyibuk nk buat Zoom A tu... boleh laa... bila dpt result = 80% sukanya dia mcm dh mng award jer lagaknya... hahha... seronok tgk anak2... ayahnya? Emmmm.... mcm biasa laaa.... Zzzzzzzzzzzzzzzz..... hehehe... Untuk kak long, do the best... as I promised, kalau kali ni leh dpt straight A, bkn stakat kak long, abg ngah ngan kak lang nnt mama bg hadiah brand Angry bird.. Insyaallah kalau ada rezeki yer... (InsyaAllah kan PM nk bg bonus kt mama) hahhaha....